orang dan kisah mereka~

setiap hari,
jumpa orang berbeza,
semua ada kisah suka dan duka,
ada penyakit masing-masing,
ada masalah masing-masing,
ada cerita tersendiri..

muda, pertengahan dan tua,
walaupun nampak kuat menahan sakit,
nampak tabah manjalani ujian hidup,
di sebalik mata mereka,
tergambar sebuah harapan..

harapan untuk sembuh...
harapan untuk bergembira bersama keluarga...

sedih, sebak, sayu,
tapi bahu memikul lebih merasa keberatan itu,
berbanding mata yang melihat,
telinga yang mendengar...

bersyukur!
bersyukur dengan setiap nikmat,
dan bersyukur dan  bersabar juga atas segala ujian dariNya.
sungguh Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya...

Alhamdulillah atas kehidupan ini..
terima kasih kepada adik, abang, kakak, pakcik dan makcik,
terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar atas kesakitan dan penderitaan kalian,
maaf kerana sering mengganggu dan mencuri masa,
insyaAllah, semoga Allah sembuhkan kalian,
semoga Allah bagi penyelesaian terbaik..
ameen!

p/s: sedih + sebak + sayu bila hari-hari tengok orang sakit lain-lain dan ada kisah dan cerita lain-lain..
T__T
0 Responses