Alaaa..alasan!

Tetiba terfikir, kadang-kadang memberi alasan itu juga penting walaupun nampak macam sengaja melarikan diri dari sesuatu. Contohnya, bila menerima untuk bertanggungjawab atas sesuatu benda, pada asalnya kita menerima kerana tidak mahu dicop sebagai orang suka beralasan walaupun kita tahu kita tak mampu lagi pada masa tersebut. Akhirnya banyak pihak yang akan terkesan dengan ketidakmampuan kita. Mungkin ramai yang cakap, insyaAllah bila dah terima nanti mesti boleh juga, tapi menimbulkan kemampuan adalah satu proses yang bukan berlaku hanya satu atau dua hari. Bila kita tahu diri kita MEMANG tak mampu dan alasan tersebut munasabah, kita harus cuba untuk katakan TIDAK dan bagi alasan munasabah tersebut. Menerima membuta tuli itu bodoh. Menolak untuk mengelakkan mudarat itu lebih wajar.

After all, we know ourselves better than anyone else, right?
0 Responses