finally...T_T

FINALLY....

the time has come,
it's time to leave,
it's time to say goodbye...

it's a mixed feeling..
happy for some reasons, and sad for some..

gembira untuk bertemu keluarga,
selepas lebih 6 bulan tidak bertemu muka,
hanya panggilan suara dan video menjadi penghubung kasih,
bakal berada dekat dengan keluarga tercinta,
walaupun bukan satu negeri, tapi paling kurang, berada dalam satu negara.

teruja untuk meneruskan pembelajaran dalam tahun klinikal,
selepas dua tahun setengah menimba ilmu di dewan kuliah,
tibalah masa untuk mempraktiskan apa yang telah dipelajari di medan sebenar.

senang hati untuk belajar di hospital di malaysia,
yang pasti, selepas ini, boleh ambil 'history' pesakit dalam bahasa ibunda.
kurang rasa kekok, dan mungkin rasa lebih mesra.

cuak dan berdebar-debar untuk belajar dari doktor-doktor yang lebih berpengalaman,
kata orang, marah itu perkara biasa di sana.

sedih, terharu, sayu untuk meninggalkan bumi shamrock ini,
bumi yang banyak mengajar erti kehidupan,
bumi yang mengajar erti ukhuwah,
erti perjuangan, erti tarbiyah...
pilu makin terasa, bila tahu, entah bila lagi dapat menjejakkan kaki ke sini.

sebak untuk meninggalkan sahabat seperjuangan di sini,
banyak budi dan jasa semua, tak mampu dibalas,
terima kasih atas segalanya,
jazakumullahu khairan katheera,
maaf atas segala kekurangan diri,
semoga dapat bertemu lagi,
kalau bukan di tanah air,
insyaAllah di syurga Dia..

in less than 8 hours, i'll be flying back to Malaysia,
tanah tumpah darahku..
semoga selamat sampai di sana,
semoga dapat terus berjuang di sana.

UCD, thanks for letting me be part of you,
giving the best 2.5 years in my life..
Dublin, semoga ketemu lagi!!
Ireland, you'll always be in my heart..
i'll miss you, a lot!

Malaysia, i'm going back to you,
Terengganu, dop sabor nok jupe balik!
Penang, please, treat me well.
PMC, don't be too hard on me.

may Allah ease everything..

-hazirahmm-
Apt 5, An Cuileann,
Mount Anville Road,
Goatstown, Dublin 14,
Ireland. 
University College Dublin 2010-2013
-03032013-
-22:46-
T_T



2 Responses
  1. Anonymous Says:

    Selamat datang ke Malaysia!
    -Sang Harima