|
belajar,
bukan setakat hafal apa yang ada dalam buku,
bukan sekadar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang dan gemilang,
bukan sekadar cari patient sebab nak siapkan case write up.
belajar,
untuk jadi 'people person',
untuk membantu orang lain,
untuk kaitkan apa yang berlaku,
untuk hidup,
demi Dia.
teringat pakcik semalam,
begitu mesra menegur, sangat!
saya ada sedikit prejudis,
cepat-cepat check file pakcik tu,
takut-takut ada psychological problem ke apa, *sebab sebelum-sebelum tu ada jumpa pakcik pelik*
jahatnya saya...T____T
saya akan ingat pesan pakcik,
nak jadi doktor yang bagus,
kena dengar apa patient cakap,
DENGAR apa yang mereka nak cakap tentang sakit mereka!
sebab mereka lebih tahu tentang keadaan mereka,
pakcik cakap, kalau doktor yang baik,
bila patient hanya bercerita,
boleh hilangkan lebih dari separuh dari sakit mereka,
jadilah pendengar yang baik..
pakcik pesan,
SENYUM selalu!
walau apapun, jangan bermasam muka, atau buat muka serius dengan patient,
sebab mereka bukan robot, mereka manusia..
semoga pakcik cepat sembuh,
semoga operation tadi berjalan lancar,
semoga pakcik dapat tengok buku-buku pakcik yang akan diterbitkan,
dan semoga pakcik terus panjang umur untuk terus menulis!!
p/s: selalu elakkan diri dari jumpa dengan pesakit cancer, tak sanggup nak dengar kisah mereka, tak sanggup nak bayangkan masa depan mereka, takut dengan perkataan 'cancer'. tapi pakcik ceria walaupun ada cancer, tabahnya mereka!!