Orang 'gila'~

Selepas belajar tentang psikiatri,
Berjumpa dan bercakap dengan diorang yang ada masalah psikiatri,
Tetiba rasa macam sangat ada anjakan paradigma (paradigm shift) dalam diri sendiri..
Rasa macam orang gila memang tak wujud dalam dunia ni,
Dah tak takut sangat dengan mereka,
Rasa yang mereka adalah manusia macam kita,
Tapi mereka sakit, dan sakit tu yang buat orang yang tak faham tengok diorang sebagai 'gila'..
Saya cuba nak definisikan perkataan gila, dan cuba kaitkan dengan mereka-mereka,
Tapi rasa macam susah sikit,
Sebab saya macam dah setkan otak sejak belajar psikiatri, mereka sakit, ada patologi dan patogenesis di sebalik kelakuan mereka yang dikatakan 'gila' tu..
Kali pertama saya cuba mengambil history dari pesakit lelaki yang dikatakan bipolar tapi macam lebih kepada schizophrenia dari lagak kelakuannya,
Sepanjang masa dia nampak gelisah, meminta diri untuk ke tandas beberapa kali,
Bangun tiba-tiba dan berjalan mengelilingi meja dan kerusi,
selepas tu, nampak elok sikit tapi tiba-tiba menghentakkan tangan ke meja sambil menjerit di depan muka saya, tak sampai satu meter jaraknya,
Sejujurnya masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan takut saya,
Takut dia tiba-tiba mengamuk, pukul saya..
Tapi tak tahu kenapa, walaupun keadaan dia macam tu, saya tak nampak dia sebagai 'gila'..
Tapi lebih kepada seorang pesakit yang perlukan rawatan, kelakuannya adalah simptom penyakit dia,
Macam seseorang yang batuk, simptom kepada sakit tekak..

Walaupun kadang-kadang rasa bosan dan susah nak masuk otak dan faham, serabut dengan kejar sign lecturer,

Psychiatry does affect me..a lot!

P/s: ni pandangan setakat ni, taktawlah kot-kot makin belajar nanti rasa macam mana..

0 Responses