.: kita dan Dia :.


buat diri bergelar manusia,
dosa menggunung tak terkira,
nak buat pahala berkira-kira,
tak rasa langsung diri tu hamba.

tengok orang buat dosa,
hukum orang tu hina,
bila diri sendiri buat dosa,
masih rasa diri mulia.

adakah kita lupa dengan apa Allah cakap,
kalau bukan kerana kurnia Dia,
kalau bukan kerana rahmat Dia,
kita lagi hina.

buat semua benda sebab nak gembira semata,
tak rasa semua itu sia-sia,
buat macam dunia kita punya,
bila panggil suruh taubat,
buat macam tak ada telinga.

bila tanya tentang Syurga Neraka,
angguk, cakap tahu semua.
nak masuk Syurga,
tak nak masuk Neraka,
tapi masih leka dengan dunia.

bila sebut syaitan hantu,
diri jadi takut,
tapi apa yang Allah suruh,
semua macam susah nak ikut.

manusia itu pendosa,
tetapi sebaik pendosa adalah yang bertaubat.
sebab Allah sayang semua,
mesti Dia ampunkan segala dosa.

"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.
Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
~An-Nur: 21~

-hmm-
-Dublin, Eire-
-20:12-
~18 days sebelum balik for good, babai Dublin, babai Ireland... *sekarang dah start rasa sedih..* =(
2 Responses
  1. Sang Harima Says:

    Hebat mung bermadah rupanya..