|
Kadang-kadang perubahan itu amat susah untuk dilakukan,
Terasa pahit dan sukarnya untuk menelan perasaan
Yang sentiasa memberontak dan melawan,
Memujuk diri untuk meninggalkan perubahan..
Susah..
Bila perubahan itu memerlukan kita untuk keluar dari zon selesa,
Terasa sangat sukar melatih diri membiasakan diri dengan sesuatu yang luar biasa dari diri sendiri..
Kekadang memaksa diri untuk mencabar kemampuan diri,
Bertindak luar dari kotak akal yang mampu terfikir..
Perubahan yang pahit,
Perlukan jihad yang sangat kuat,
Kerana bila nafsu mula jadi lebih kuat,
Hati akan mula lupa akan perubahan yang diinginkan,
Akal juga akan buat-buat lupa seakan-akan bersekongkol dengan kejahatan nafsu..
Pahit itu ubat,
Dan kesakitan dan kesukaran itu pasti membuahkan hasil positif,
Seperti sistem imunisasi bertindak menghapuskan virus jahat,
Inflamasi itu sakit,
Tapi sakit itu untuk menyembuhkan..
Ye...pahit itu ubat!
-monologdirikepadadiri-
P/s: perubahan itu lebih susah bila..........