judgemental n prejudice~

bila cuba untuk menyampaikan Islam (bunyi kurang berat daripada 'dakwah'),
kita akan jumpa banyak ragam orang-orang yang didakwah..
mungkin ada yang yakin dengan apa yang kita sampaikan dan boleh menerima semuanya dalam sekelip mata,
tapi ramai juga yang mungkin sedikit ragu-ragu,
tidak mempercayai kredibiliti si penyampai mungkin..
ada yang mungkin menerima, tapi dengan maksud untuk beroleh keuntungan di sebalik semua itu..
dan pasti akan ada orang yang prejudis terhadap kita..
mungkin menganggap kita sangat teruk, sebagai contoh,
bila berdakwah terhadap seorang American..
Islam nampak begitu kotor di matanya,
dan sebelum kita menyampaikan berita sebenar, dia sudah ada tanggapan yang salah terhadap kita dan Islam..

prejudis seorang mad'u (orang yang diseru) adalah sesuatu yang NORMAL,
mungkin dia kurang memahami apa yang kita sampaikan,
tak faham Islam sebagaimana yang kita faham.

TAPI
prejudis seorang dai'e (orang yang menyeru) kepada mad'u adalah sesuatu yang ABNORMAL
dan harus dikikis dari seorang yang ingin menggelarkan dirinya sebagai dai'e..
stop labelling people just based on their appearance.
jika mad'u itu Islam, dan tidak menutup aurat contohnya,
jangan terlalu judgemental dan prejudis terhadap mereka...

kita tak kenal mereka pon,
dan kita langsung tak tahu kisah mereka..
mungkin sebenarnya, parents mereka melarang mereka untuk pakai tudung,
walaupon dah berapa kali mereka cuba untuk pakai...

dan yang paling penting,
husnu zhon sebegini tidak harus berhenti begitu sahaja,
kita perlu tahu masalah sebenar mad'u,
dan cuba untuk menasihati mereka selagi kita mampu..

 "Jauhilah oleh kamu dari prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan"
-Hadis Riwayat Bukhari-
0 Responses