|
mahu jadi hamba hebat di mata Allah,
bukan hanya dengan menunggu,
mahu menambah ilmu,
juga bukan hanya dengan menunggu ilmu datang dengan sendiri,
mahu berubah,
bukan hanya dengan menunggu masa merubah keadaan...
mahu itu perlukan usaha..
menunggu dan menunggu mana mungkin membuahkan hasil,
tanpa ada usaha menanam benih terlebih dahulu..
wake up!!
keep moving forward..
usaha usaha usaha..
itu lebih penting..
kadang-kadang hasil yang diharapkan mungkin tidak memuaskan hati,
tetapi Allah lihat pada usaha,
jangan lupa itu...
ayuh,
tambah ilmu..
banyakkan membaca,
dan banyakkan mendengar ilmu...
dan jangan lupa berdoa,
semoga terus diberi hidayah,
dan terus diberi kefahaman
agar tidak terpesong dalam perjalanan mencariNya..
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya, pasti
Allah menganugerahinya pemahaman dalam agama.” (Hadis Riwayat Bukhari)