|
memandangkan hari ini 29 februari,
dan tarikh ini mengambil masa selama 4 tahun sekali untuk muncul,
saya mengambil peluang untuk mencoret sedikit kenangan tulisan di sini,
mungkin hari ini adalah tarikh 29 februari terakhir yang saya masih bernafas di bumi ini,
siapa tahu,
esok mungkin tidak akan pernah datang *alihan bahasa terus*
sudah lama rasanya saya tidak berbicara tentang hal ini,
mungkin bagi saya bicara saya dulu sangatlah tidak matang,
dan kematangan saya menghalang untuk saya untuk terus berbicara tentang itu,
hanya meletakkan sepenuhnya kepada Dia..
tetapi akhir-akhir ini,
sering kali saya terserempak dengan perkataan ini,
"kahwin"
dengan ada rakan-rakan sebaya yang sudah menginjak 3 tahun usia perkahwinan,
sedang menunggu kelahiran bayi kedua,
sehinggalah rakan-rakan yang sedang mengatur urusan perkahwinan yang akan berlangsung hanya beberapa bulan sahaja lagi..
melihat seorang wanita dan lelaki yang kedua-duanya berakhlak baik,
ingin melangsungkan perkahwinan,
saya bersyukur,
semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi penyambung perjuangan Rasulullah,
meramaikan umat Muhammad,
seterusnya menjadi permata rantai dakwah baginda..
tetapi melihat akhlak wanita dan lelaki yang agak kurang baik,
*bukannya saya bersifat menghukum, ini yang dilihat dari luaran tanpa perlu menghukum,
dan di samping itu saya mendoakan untuk mereka menjadi lebih baik,
dan kurang baik yang saya maksudkan di sini bukanlah kurang baik yang biasa-biasa sahaja*
saya merasa sedikit terkilan,
dan juga sedikit sedih..
dan apabila ada juga yang telah mempunyai anak,
saya bertambah sedih,
bagaimanakah nanti anak itu akn dibesarkan oleh ibu dan bapanya yang sebegitu
dan sekiranya institusi keluarga ini gagal mendidik anak tersebut,
kitaran ini akan berterusan sehingga tibanya waktu anak ini pula yang menjadi ibu atau bapa,
dan kitaran tersebut akan terus berulang..
wahai gadis di luar sana,
teringat satu artikel yang telah saya baca,
saya tertarik dengan satu ayat yang digunakan,
"Carilah untuk dirimu seorang imam,
bukan hanya seorang jejaka"
*artikel tersebut boleh dibaca di sini*
saya tertarik dengan satu petikan di situ,
"Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi
seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri
seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu
menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut
denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga?
Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh
membimbingmu untuk sampai ke sana?"
perkahwinan bukan hanya sementara,
dan perkahwinan bukan hanya sekadar perkara keduniaan,
perkahwinan yang terbaik adalah perkahwinan yang membawa ke Syurga,
bukankah melalui perkahwinan juga,
memudahkan seorang wanita untuk menempah tempat di Syurga.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima
waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
dan isi utama yang ingin saya ketengahkan di sini adalah,
perkahwinan yang membawa ke Syurga perlukan persediaan,
persediaan tersebut bukanlah hanya perlu dilakukan bilamana seseorang individu tersebut telah bertunang,
atau yang paling malang, bila hanya tinggal beberapa bulan sebelum perkahwinan,
persediaan yang sebenar sepatutnya telah dilakukan semenjak kita baligh,
persediaan yang paling utama adalah
dengan menjadi hamba Allah yang terbaik,
dan dengan berjaya mencintai Allah sepenuhnya..
persediaan tersebut mungkin nampak agak susah,
tetapi tidak akan ada kesenangan jika tidak bermula dengan kepayahan,
jangan mengharapkan untuk mendapatkan keluarga bahagia yang diredhai Allah,
atau anak-anak yang soleh yang akan mendoakan kita di akhirat kelak,
jika pada saat ini kita masih lagi terkontang-kanting menunaikan suruhan Allah,
dan jangan mengharapkan diri akan berubah sekelip mata setelah bergelar suami atau isteri,
tanpa ada usaha untuk membetulkan diri sejak dari sekarang..
ayuh teman-teman,
mulakan persediaan kita dari sekarang,
tidak perlu usaha yang terlalu mendadak,
cukuplah sekadar melazimi hari-hari kita dengan solat berjemaah,
dan solat di masjid bagi lelaki,
melazimi hari dengan qalamullah,
serta solat-solat sunat yang dituntut,
malam yang dihiasi tahajud cinta kepadaNya,
juga memperbaik akhlak diri seprti yang dianjurkan Rasululllah..
juga memperbaik akhlak diri seprti yang dianjurkan Rasululllah..
satu cara untuk menjadi isteri atau suami yang baik adalah,
dengan menjadi MUSLIM dan HAMBA ALLAH yang baik..
wallahua'lam~~
p/s: saya terasa ada kematangan di sini~
Amboi, ade calon doh ke mek? Hahaha.
calon tu sentiasa ade je..
antara jumpe ke x je...