saksi~

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah
dan
aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah"


Terlafaznya kalimah itu dari bibir kita, diimani dengan hati dan dizahirkan dengan perbuatan, menandakan kita sudah menjadi Muslim, berilahkan Allah.

tapi, cukupkah kita sebagai muslim hanya dengan lafaz itu sahaja. Pernah ke kita terfikir kenapa perkataan saksi itu ada kat situ. Kenapa bukan saya percaya atau yakin atau tahu je. Contohnya, aku tahu atau yakin bahawa........... kenapa saksi???

mesti kita tahu kan apa tugas saksi kalau kat mahkamah.
dia yang melihat dan tahu apa yang berlaku. so, dia yang bertanggungjawab untuk cakap masa kat mahkamah tu.dia yang kena cakap kat semua orang yang tak tahu pasal tu.

macam tu jugak bila kita bersaksi dengan kalimah syahadah.
"syahadatul haq" = "penyaksian terhadap kebenaran"

kita tahu akan kebenaran, kebenaran Islam, kebenaran bahawa Allah sebagai satu-satunya Tuhan, kebenaran nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah. penyaksian itu bukan hanya tahu dan percaya. penyaksian itu bermaksud perlu melakukan penyaksian terhadap kebenaran di hadapan seluruh alam. kita perlu meyakini kebenaran itu dan menyatakan kebenaran itu.

penyaksian tu tak cukup dengan hanya menyatakan keimanan, atau dengan hanya melaksanakan rukun Islam.
seperti firman Allah:

"Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya Kiblat kamu ialah Ka`abah) dan tiadalah Kami jadikan Kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah pertunjuk hidayah. Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)."
-Al-Baqarah: 143-

so, tugas kita sangat besar. tak cukup dengan hanya mengucap 2 kalimah syahadah itu. kita kena menyatakan kebenaran tu kepada semua makhluk. bagaimana?
DAKWAH. atau menyampaikan. sampaikanlah walaupun sepotong ayat. sampaikanlah mengikut kemampuan kita. insyaAllah, Allah Maha Teliti, dan Dia melihat usaha kita walaupun sekecik mana pun usaha tu. InsyaAllah.

jom jadi daie yang berblog. semoga blog kita tak sia-sia
dan boleh menyumbang pahala kepada kita untuk bekalan akhirat insyaAllah.

semoga setiap usaha dan langkahan kaki bernilai,
dan membuahkan pahala di sisi Allah,
walaupun hanya dipandang debu di mata manusia~

2 Responses
  1. Sang Harima Says:

    Betul-betul.Setuju.

    Aku baca doh buku "syahadatul haq", karya ucapan Abu ala al Maududi. Kenal tak ni?


  2. kenal, dalam proses nk bace. InsyaAllah, cuba habiskan. baca dh kan, bleh la share2..