Ya Rasulullah~

Ya Rasulullah, Ya Habiballah...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ


selepas setahun berlalu,
akhirnya hari yang sama sempat ditemui lagi,
hari keputeraan kekasih Allah,
pembawa cahaya kepada umat manusia.
setiap kali hari ini ditemui,
diri ini mula bermuhasabah,
mula mencari tentang insan itu,
mula tersedar akan jasa dan bakti insan itu,
mula menyegarkan ingatan tentang kehebatan baginda.

sedang muhasabah diri,
terasa seperti hipokrit,
kenapa susah sangat bagi seorang hazirah
untuk setia dengan cinta dan rindunya,
kenapa kesedaran itu hanya timbul
dan tenggelam
seperti kelapa dibawa arus ombak
astaghfirullah.....
sungguh kerdil diri ini Ya Allah,
layakkah aku menagih syafaat kekasihMu,
layakkah aku mengatakan aku cintakan baginda,
layakkah aku mengatakan aku mencintaimu Ya Rabb.
T.T

Rasulullah,
Muhammad bin Abdullah,
baginda sanggup menyebut tentang umatnya,
di saat sakaratulmaut yang sakit itu,
baginda sempat memikirkan tentang kita,
meskipun syurga hanya di depan mata baginda....
Ya RAsulullah, ampunkan daku yang selalu melupakan dirimu
T.T

Rasulullah,
apakah perasaan baginda melihat umat sekarang,
sedihkah?? gembirakah??
gembirakah Rasulullah melihat perpecahan umatnya,
meskipun baginda telah menegaskan pentingnya perpaduan dalam sejarah muhajirin dan ansar,
gembirakah Rasulullah melihat umatnya yang disebut-sebut di akhir hayat baginda
lebih terleka dan dengan duniawi,
gembirakah Rasulullah melihat umat yang disayangi lebih suka mengalunkan lagu-lagu cinta haram antara manusia dari mengalunkan selawat ke atas baginda,
gembirakah Rasulullah melihat umatnya hanya mempersendakan sunnah-sunnah baginda,
gembirakah Rasulullah melihat perjuangannya perit baginda menegakkan Islam,
dicerca, dicaci, diancam bunuh, dibaling najis,
hanya sia-sia kerana sikap umatnya yang dikasihi.
gembirakah Rasulullah bila rantai perjuangan dakwah baginda dan sahabat
hanya tergantung, tanpa penyambung
hanya kerana umat yang ingin diberi syafaat oleh baginda lebih sibuk mengejar harta duniawi

Ya Rasulullah....
sanggupkan kita melihat air mata Rasulullah tumpah,
kerana mencari umatnya di padang mahsyar untuk memberi syafaat,
agar umatnya tidak menderita di dalam neraka,
sanggupkah kita melihat air mata baginda mengalir
melihat umat yang dikasihi, disayangi,
berjalan dengan perlahan kerana menanggung dosa yang sangat banyak,
sanggupkan kita melihat air matanya terus menitis
ketika menyelamatkan umatnya ketika meniti titian sirat
umat yang telah diberi panduan, diwariskan dengan al-quran dan as-sunnah.
sanggupkah kita melihat riak kekecewaan dan kesedihan di wajah suci Rasulullah.

Ya Rasulullah...aku tak sanggup...
engkau terlalu mulia untuk menangis kerana kami yang hina
kerana kami yang selalu mengabaikan pesananmu...

T.T

p/s: jom!!! sama-sama sambung perjuangan Rasulullah, amalkan sunnah baginda, banyakkan selawat ke atas baginda agar syafaat baginda milik kita semua dan semoga wajah suci baginda akan tersenyum melihat kita..insyaAllah
-nasihat untuk diri sendiri yang sentiasa terleka dengan dunia -.-"-




0 Responses