|
sungguh, aku rindu,
teramat rindu..
aku rindukan mata itu,
mata yang sentiasa memandangku dengan kasih sayang,
mata yang berlinang air mata bila aku membuat kesalahan,
mata yang sentiasa memberi maksud tertentu
walaupun hanya dengan memandang.
mata itulah
yang sentiasa memberi ketenangan kepadaku,
mata itu yang memberi semangat kepadaku
aku rindukan senyuman di bibir itu,
bibir yang sentiasa tersenyum,
bibir yang menasihatiku,
bibir yang menegurku tika aku membuat kesalahan
aku rindukan tangan itu,
tangan yang membelaiku waktu sakitku,
tangan yang mengajarku ilmu kehidupan,
aku ingin mencium tangan itu,
aku ingin membelai tangan itu
mak, saya rindukan mak,
teramat sangat,
maafkan diri ini yang sentiasa membuat salah,
maafkan diri ini yang sering melawan cakapmu,
saya memohon seribu kemaafan,
halalkan semua yang telah kau berikan,
maafkan segala kesalahan yang saya lakukan.
aku rindukan kerutan di wajah itu,
kerutan yang timbul lantaran anak yang sentiasa memberi masalah,
kerutan yang timbul bila memikirkan penyelesaian setiap masalah,
kerutan yang timbul bila menegur anak yang membuat salah,
kerutan yang timbul bila si anak meminta dibelikan itu dan ini,
aku rindukan suara itu
suara yang tegas menegur setiap kesalahanku,
suara yang lembut mengajarku tentang banyak perkara,
aku rindukan tangan itu
tangan yang sentiasa mengeluarkan duit setiap kali aku inginkan sesuatu
tangan yang menghukumku bila aku membuat silap,
tangan yang penat memandu bila aku minta dihantar ke sana ke sini,
memegang tangan itu memberi semangat kepadaku
sungguh, saya rindukan ayah..
dalam ketegasan seorang ayah, saya tau,
kasih sayang ayah melebihi segalanya,
walau ayah tidak pernah melafazkan,
maafkan diri ini yang sentiasa memberontak,
maafkan diri ini yang selalu cuai dengan pesananmu,
maafkan diri ini kerana sentiasa menghampakan perasaanmu..
sungguh, aku rindu....
aku rindukan mak dan ayah..
doakan anakmu ini
semoga diri ini dapat pulang dengan segulung ijazah,
membanggakan hati kalian
semoga diri ini dapat pulang
untuk membalas semua jasa dan budi kalian yang tidak mungkin dapat dibalas walau dengan segunung emas sekalipun.
terima kasih atas segalanya,
terima kasih kerana sudi menjadi ayah dan ibu kepadaku,
terima kasih kerana sifat kalian, saya menjadi diri saya hari ini,
terima kasih kerana tidak pernah putus asa dengan diri ini.
betul cakap orang, menjaga seorang anak gadis sangat susah,
tapi kalian mampu membesarkan 5 orang anak gadis,
sungguh kalian sangat hebat dimataku,
aku rindu untuk meyalami tangan kalian,
aku rindu untuk mencium wajah kalian..
sungguh, aku rindu.....
p/s: i love u and miss u all, mak, ayah, abg long, ing, oh, huda, mizah, arib n zqah!!
sy pn rindu mak ayah saya..huhu=(
rindu sgt2...huu~
homesick! heee..
rindu juge sedih2 T.T