Jom berbisnes!!!

ada saper-saper nak wat bisnes tak??
bisnes ni memang untung gler..bisnes jual-beli..
yang paling untung sebab takyah kuarkan modal besar-besar sebab modal disediakan...
nak jual ape???saper nak beli???


"Wahai orang-orang beriman! Mahukah aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." ~As-Saff : 10-11~

Kita sebagai penjual, Allah sebagai pembeli. Allah akan membeli harta dan jiwa kita. Modal dari Allah, tubuh badan yang sihat, akal yang cerdas, rezeki yang melimpah ruah.

ganjarannya???

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri atau harta mereka dengan memberikan Syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji dari Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung."
~At-Taubah : 111~

ganjarannya, Syurga....subhanallah....dan tu juga kemenangan yang paling besar.....
dan kita takkan rugi...

"Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi."
~Fatir : 29~

sesungguhnya itulah perdagangan yang paling untung kat dunia ni..n banyak lagi kalam Allah yang cakap pasal ni..jadi, adakah kita tanak tergolong dalam golongan-golongan yang mendapat keuntungan tu....so, sama-samalah kita berusaha tuk terlibat sepenuhnya lam bisnes ni dan insyaAllah mendapat Syurga di sana....(nasihat tuk diri sendiri..)

dat's all..
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ayat jihad ni..