sekitar isu anjing~

baru abes exam psych, written and short case,
menunggu OSCE jumaat ni,
balik rumah, bukak fesbuk *macam bese*
tengok banyak pulak newsfeed pasal program sentuh anjing..

hurmmm...memang la ade banyak orang condemn,
tapi saya rase tak salah diorang buat program  ni,
sebabnya, kalau betol la memang salah diorang buat program ni,
at least dah berapa ribu orang dapat belajar ilmu baru,
termasuk saya yang jahil ni..

sebab saya tak tahu yang ade hadis pasal tak boleh bela anjing untuk  buat peluk-peluk macam kucing tu,
saya baru taw ada beberapa situasi je anjing dibenarkan untuk dibela,
dan sebenarnye saya dah pernah ade plan nak bela anjing!!
pernah plan nak buat satu corner dalam rumah, tempat anjing tu duduk,
pastu kalau nak main masuk dalam tu, mase nak kuar sertu la..ingatkan boleh..
kalau diorang tu tak buat macam ni dan tak kuar isu ni, 
mesti sampai sudah saya tak tahu sebab saya ingatkan boleh je kalau nak bela as pet..
ingatkan benda tu benda bese je, lepas pegang basuh la dengan air tanah ngan air mutlak tu,
serius saya tak tahu sebelum ni,
dan sekarang baru saya tahu..
Ooo...camtu upenye..

"Sesiapa memelihara anjing, maka amalan solehnya akan berkurang setiap harinya sebesar satu qirat (satu qirat adalah sebesar gunung Uhud), selain anjing untuk menjaga tanaman atau haiwan ternakan." (Bukhari)

“Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing”. HR Muslim.

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


p/s: macam nak rilek jap arini before struggle balik untuk OSCE..haih
0 Responses