Kebergantungan pada Allah dan usaha tu perlu selari...
Bukan bila dah usaha dan bila last minit tak tahu nak buat apa, baru nak menadah tangan pada Allah lama-lama, walhal sebelum ni rasa macam usaha sendiri cukup bagus sampai langsung tanak meminta pada Dia..
Bila dah rasa sesak nafas, sempit dada, otak celaru, baru teringat yang diri tu hamba..
Ye, perlu selari...
Bukan hanya bergantung pada Dia semata-mata tanpa ada usaha..
Menadah tangan sampai keluar air mata darah sekalipon takkan buat kita berjaya kalau langsung tak berusaha..
Ingat kisah Mariam, walaupun tengah sakit melahirkan nabi Isa, Allah tetap suruh dia berusaha untuk dapatkan tamar, wapon Allah bole je jelmakan makanan untuk dia tanpa perlu berusaha..
Kebergantungan kepada Allah perlu selari dengan usaha..
Usaha setakat yang kita mampu, dan insyaAllah kemampuan kita sebenarnya lebih dari yang kita sangka, sky is the limit right?! Dan jangan lupa sertakan usaha kita dengan doa kepadaNya sebab Dia yang menentukan rezeki kita..
Dan sebagai hamba Dia, keberkatan dari Dia dan keredhaan Dia yang kita kejar, kan? Bukan setakat berjaya kat dunia fana ni saja..
So, lets push ourselves to the limit, keep holding on, usaha selagi terdaya, doa banyak-banyak!!
Final exam mode activated!!
YOSH!!
p/s: 2 minggu lagi nak holidayyyy!!