|
semalam, datang sangat lambat ke satu program penting,
dan lambat tu sebab pergi print kertas-kertas yang penting untuk program tu jugak..
dalam bas, duk mencari alasan untuk diberikan,
mungkin bole cakap, "Sorry sangat, saya lambat sebab pergi print untuk ni la, tadi memang dah gerak awal.."
sesampainya di tempat program, ada orang yang lambat juga,
tapi, dia tanak memberi alasan,
ALASAN adalah satu alat untuk melarikan diri dari kesalahan,
sengaja ingin meletakkan kesalahan di tempat lain, bukan pada diri sendiri,
alasan diberikan bila diri tidak mengaku kesalahan yang dilakukan.
in my case,
saya tak expect jalan jam,
saya tak expect yang kedai print tu akan amek masa sampai 45 minit,
saya tak expect akan ada lelaki yang akan kacau pekerja kedai yang tengah kira harga saya print sebab nak catch flight,
saya tak expect yang bas untuk ke tempat program dari tempat print sampai lambat dari biasa..
tapi.....
hari kerja, pagi, logik kot kalau jalan ke arah city jam, sepatutnya saya boleh expect benda tu,
saya nak print banyaaaakk benda, tapi kenapa saya expect diorang akan amek mase 10 minit je...
expect the unexpected, mungkin kehadiran lelaki yang sedang rushing untuk kejar flight tu sangat tak diduga, tapi memang setiap masa, kita kena expect the unexpected.
kedai print tu bukak 8.30, tapi saya pegi pukul 9.15,
sedang saya mencari alasan,
kesalahan lambat tu akhirnya jatuh ke bahu siapa??
=> semua orang Dublin yang pergi kerja pagi tu sebab meng'jam'kan jalan?
=> pekerja kedai print sebab amek masa lame sangat??*tapi tu adalah yang terbaik diorang boleh buat sebab mesti la dah expert bab-bab printing, dah kerja kat kedai print*
=> lelaki yang tengah nak print e-ticket flight sebab pegi kacau pekerja tu
=> driver bas sebab datang lambat sikit
==> SAYA, sebab saya boleh keluar umah lagi awal untuk terus masuk kedai pukul 8.30, dan masa tu mungkin tak ramai orang, pekerja tu boleh buat kerja tanpa gangguan...
so, kesimpulannya, saya yang bersalah at the first place, tapi sebab tanak mengaku salah, saya cuba memberi alasan untuk meletakkan kesalahan tu di bahu orang lain, supaya orang lain tak nampak saya bersalah..
dan nampak sangat saya mengutamakan pandangan manusia daripada pandangan Allah,
sebab saya nak nampak baik di mata manusia sahaja...
astaghfirullah....
mungkin nampak macam simple je,
tapi akhirnya berbalik kepada niat...
kenapa kita memberi alasan???
kalau sekadar nak memuaskan hati manusia,
atau tanak nampak buat salah
baik tak payah...
~Dublin~
~20122012~
0809 hrs
8'C
-2 hari lagi nak PUISI
-17 hari lagi nak Turki
- lebih kurang 2 bulan 15 hari sebelum balik Mesia for good~
p/s: tapi aritu saya ada tulis yang beralasan itu perlu, tapi mungkin kisahnya berlainan daripada kisah yang ni..
Fuuh.. Power, power..!