|
Ada satu kisah yang sangat menarik,
berlaku di satu kepulauan bernama kepulauan Magnolesia,
terletak di sebelah kiri Iceland,
kepulauan tersebut sangat terkenal dengan ternakan lembu susu yang sangat berjaya.
terdapat dua bersaudara,
Michael dan Robert,
kedua-duanya mengusahakan ternakan lembu susu,
dan menproses susu tersebut untuk dijual,
tetapi,
kedua-duanya ada misi masing-masing yang berbeza,
menyebabkan mereka menjual susu tersebut menggunakan jenama yang berbeza,
Michael's dan Robert's.
Michael lebih percaya pelanggan lebih suka susu yang dibotolkan,
manakala Robert pula yakin pelanggan lebih suka susu kotak.
mereka cuba mengiklankan susu masing-masing kepada rakyat Magnolesia,
menggunakan strategi masing-masing.
masing-masing mepunyai visi yang sama,
ingin memastikan penduduk Magnolesia terus sihat dengan mengamalkan meminum susu,
dan juga ingin memastikan golongan yang tidak menyukai susu,
akan mula menyukai susu selepas ini.
namun begitu,
akhir-akhir ini,
Robert mendapat tahu ada seseorang yang selama ini menggunakan kedua-dua jenama,
mula untuk menjadi pelanggan setia Michael's hanya dengan mendengar iklan dari Michael.
Robert sedih, selepas apa yang telah dibuat untuk mengiklankan susunya,
ternyata pelanggan tersebut akhirnya memilih Michael's.
Robert terus berjumpa dengan pelanggan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Suzy,
Dia terus bertanya Suzy adakah dia telah menjadi pelanggan setia Michael's.
Suzy enggan menjawab,
kerana baginya, itu adalah hak peribadinya ssebagai seorang pelanggan,
dia bebas untuk memilih susu yang mana yang perlu dilanggan yang baik untuk dirinya.
Tetapi Robert tidak berpuas hati dan terus memujuk,
lalu Suzy dibawa untuk menonton iklan khas susu Robert's.
Suzy dipujuk supaya menghentikan langganan setianya kepada susu Michael's
Suzy dipujuk supaya menghentikan langganan setianya kepada susu Michael's
Suzy kecewa, kenapa haknya sebagai pelanggan dinafikan,
dia sudah memilih apa yang terbaik untuk dirinya,
kerana tanpa pengetahuan Robert, susu Robert sangat bagus kerana kandungan lemaknya sangat rendah,
susu Robert mungkin sangat sesuai dengan orang lain,
tetapi seorang yang kurus dan mempunyai BMI underweight melampau seperti Suzy,
memerlukan susu original seperti Michael's yang kandungan lemaknya normal.
salah seorang lagi pelanggan yang enggan namanya dikenali juga pernah menceritakan pengalamannya,
sebelum menonton iklan Michael, Robert pernah memberi amaran kepadanya supaya tidak menonton iklan tersebut,
kerana takut dirinya akan terpengaruh.
tetapi oleh kerana dia tahu dia berhak dan menonton iklan tersebut dapat memberikan idea kepadanya untuk melanggan,
dia akhirnya pergi juga,
tetapi nasibnya seakan-akan serupa dengan Suzy apabila Robert juga terus bertanya dan bertanya,
dia sangat tidak faham apakah keperluan Robert untuk tahu sama ada dia menjadi pelanggan setia Michael's atau tidak kerana dia juga membeli susu Robert's bila ada keinginan.

Michael yang tahu keadaan ini merasa sangat sedih,
kenapakah Robert melayannya sebegitu rupa,
apakah salah dirinya megiklankan susunya sepertimana yang dilakukan Robert,
dan apakah salah sekiranya strategi pengiklanannya sedikit berbeza dari Robert keran perbezaan misi mereka,
susunya berkhasiat, dan dia tidaklah menjual susu basi kepada pelanggan,
tetapi apa yang menghantui fikirannya adalah,
Robert seakan-akan menghalang pelanggan daripada melanggani susunya,
lagaknya seperti susu yang dijualnya langsung tidak berkualiti dan basi.
Akhirnya keadaan tegang mula bercambah antara Michael dan Robert tanpa mereka sedari,
rakyat yang tidak menyukai susu terus tidak berminat dengan susu lantaran terlihat ketegangan antara dua bersaudara ini.
-To be continued...-
Doh tu, bilanye nok bersambung ni?