|
Allahu Allah...
esok (to be exact, hanya beberapa jam lagi) dah tahun baru
2012,
mase kecik-kecik tak pernah terfikir pon akan hidup sampai ke tahun 2012 ni,
rase macam sangat jauh 2012 tu..
tapi pejam celik pejam celik,
dah sampai dah pon ke tahun yang dirasakan mustahil tu...
alhamdulillah alhamdulillah
masih disini, menghirup udara Allah tanpa segan silu,
menggunakan nikmatnya tanpa rasa bersalah...
malu la sikit, dah la dapat free-free je nikmat yang tak terhitung tu
tapi bila Allah suruh buat pape, asyik nak bagi alasan..
Allahu Allah...
"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan ramai diantara mereka menjadi orang-orang fasik"
Al-Hadid ( 57 ) : 16
Astaghfirullah...
sampai bila mahu beralasan..
create a clear vision n strive for it please!!!
cukuplah beralasan..
cukuplah sudah hampir satupertiga hayatmu dibazirkan..
katamu mahu jadi sehebat Khadijah,
katamu mahu jadi seberani Khaulah,
katamu mahu jadi sekental Zainab al-Ghazali,
katamu mahu mencontohi jiwa pemuda Muhammad Al-Fateh,
katamu mahu mencontohi jiwa pemuda Muhammad Al-Fateh,
mahukan Syurga, berusahalah seperti ahli Syurga!!!
jalan ini bukan mudah,
jalan ini penuh onak dan duri,
mana mungkin dapat dilalui tanpa bersedia,
mana mungkin dapat diharungi tanpa mujahadah,
mana mungkin dapat direntasi tanpa ilmu....
berusaha!!!!!
life is about making decisions..
and the best one is the one that leads you to Jannah~
welcome 2012...
p/s: baru selesai PUISI Akademi Al-Fateh 2011..*bukan baru pon, da 5 hari kot*
Alhamdulillah, banyak yang dapat belajar dari kisah sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ni~~
