errr..saya...nak...tapi.......ermmm~~~

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (cubaan)
seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu
sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan,
penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan),
sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata,
"Bilakah datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat"
~Al-Baqarah:214~


takut sangat dengan ayat ni,
bukanlah nak mentafsir ayat ni,
sebab tak belajar tafsir pon,
ilmu pon cetek sangat,
tapi berdasarkan ayat tu, yang difahami oleh akal saya yang cetek,
dan pengetahuan yang sempit,
macam Allah tanya kita,
kita rasa kita masuk Syurga ke dengan apa yang kita buat selama ni??
layak ke kita ni masuk Syurga???
siapa kita ni nak masuk Syurga Allah yang super best tu???
siapa kita???
apa amal kita yang melayakkan kita ke sana??
ujian apa yang dah kita tempuh untuk Allah bagi reward Syurga tu kat kita???
ujian kita tu cukup berat ke sampai kita bole mintak Syurga sebagai balasan???


bertubi-tubi soalan tu muncul bila baca je ayat ni...
dan jawapannye....errr......
rasa macam langsung tak layak nak claim Syurga tu dari Allah,
benda yang Allah suruh buat pon tak sempurna sepenuhnya,
ingat Allah pon jarang-jarang,
cakap je nak masuk Syurga,
tapi amal langsung tak menunjukkan rasa hati..
tak layak...siyes, langsung tak....

macam kita,
kalau tetibe kita dapat la satu million USD kan,
dapat jugak satu pulau yang cantik untuk kita buat rumah,
pastu ade la sorang arkitek paling hebat datang, nak tolong designkan rumah ikut cita rasa kita,
pastu kita buat rumah yang sangat unik dan special,
memang rumah tu je yang ada sume benda, tempat lain memang tak bole lawan la...
n kita nak ajak sape untuk sama-sama tinggal ngan kita kat dalam umah tu?
takkan tetibe nak ajak orang yang tak pernah kenal kita,
yang lalu kat tepi kita tapi tak tegur pon,
tak pon yang kita duk beriye senyum kat die tapi die buat tak tahu je,
mesti la tanak ajak orang macam ni kan,
buat menyakitkan hati je...
mesti la nak ajak orang yang sayang kita,
selalu ingat kita, selalu habiskan masa ngan kita,
n sanggup buat apa je untuk kita...
orang betul-betul istimewa je bole duduk ngan kita kat umah tu kan...

Macam tu jugak ngan Allah,
Allah dah sediakan Syurga tu super duper cantik
super duper best,
istimewa sangat2,
takkan la orang yang biasa-biasa je bole masuk suka hati kan,
mesti la orang tu kena ade super dupernya,
kan Syurga istimewa dan hanya untuk orang tertentu je...
so, istimewakah kita pada Allah,
istimewakah kita dengan hanya solat lima waktu
yang selalu tak khusyuk,
istimewakah dengan mengenakan tudung hanya untuk menutup rambut,
istimewakah dengan akhlak yang langsung tak melambangkan akhlak seorang muslim..
istimewa ke bila kita tak ingat pon kat Allah,
apatah lagi cintakan Allah??
istimewa sangat ke kita bila kena uji sikit je,
terus nak salahkan Allah, terus tak percaya dengan pertolongan Allah...
istimewa ke???
err..macam tak je....T.T

bila baca ayat ni mesti rasa cam sedih sangat,
rasa macam perasan sorang-sorang,
rasa-rasa masuk Syurga ke wapon tak kena uji dengan ujian yang macam orang dulu2,
rasa-rasa masuk syurga ke dengan hanya duduk goyang kaki je..
pastu rasa macam nak doa kat Allah,
nak mintak diturunkan ujian,
biar kat akhirat nanti saya boleh claim yang saya dah diuji,
dan biar claim saya tu melayakkan saya masuk Syurga,
tapi takut jugak...takut tak kuat untuk menghadapi ujian...
tapi kalau takde ujian, apa modal saya nak masuk Syurga,
macam mana saya nak buktikan yang saya betul-betul layak...
tapiiii
ujian tu cukup besar ke untuk dinilai oleh Allah,
sebagai tukaran dengan SyurgaNya yang super duper sangat tu???
....err lagii....

saya cakap n cakap n cakap,
tapi kenapa tak pernah masuk dalam hati,
ye...saya percaya Syurga tu ada, percaya yang kita akan mati..
percaya yang orang baik masuk Syurga dan orang jahat masuk Neraka,
percaya je..sapa cakap tak percaya,
rukun iman kot.....
tapi kenapa susah sangat nak yakin yang sebenar-benar yakin?
yakin yang membolehkan saat ni jugak saya pergi amek wuduk,
dan terus sujud kepadaNya...
yakin yang membuatkan saya hidup semata-mata kerana Dia..
yakin sampai setiap nafas yang saya hirup dan hembus disertai nama Dia..
yakin yang membuatkan amalan saya,
hanya menuju Syurga!!
yakin yang membuatkan langkah kaki di medan ini terus melaju...
yakin yang membuatkan saya berani untuk berkata,
"Ye, saya sanggup mati untuk berjuang demi Islam!!!"
dush dush!!! pengsan....T.T

aritu belaja pasal kanser,
pastu teringat orang-orang yang meninggal sebab kanser,
pastu tetibe terfikir,
kalaulah saat ni saya ada kanser,
mesti lam otak duk terfikir sal mati je,
tapi mati tu bila-bila masa je kan,
BILA-BILA JE!!
n kalau saya mati saat tu jugak,
Syurga ke Neraka,
taktaw nape tetibe tersentap,
terasa macam baru yakin yang mati tu pasti,
ye!! PASTI!!
dan dengan matinya kita, kita dah tak bole nak buat pape dah,
memang hanya ada 2 pilihan je,
Syurga atau Neraka??
nak mintak stay kat Padang Mahsyar tu pon tak masuk dalam pilihan..
memang ada DUA je!!!
kita merayu macam mana sekalipon,
menangis ke meraung ke,
memang tak boleh nak buat apa dah,
masa yang Allah bagi kat kita selama ni dah tamat..
DAH TAMAT!!!
n apa perasaan kita masa tu, bila kita diseksa,
pastu dapat arahan untuk masuk neraka...
apa perasaannya?????
macam hidup kat dunia ni langsung tak berguna,
dah tak boleh nak buat pape dah...
dah tak boleh nak tambah amalan dah................
masuk neraka..masuk neraka...
mesti sangat down yang tak terkira,
macam orang jahat yang kena hukuman mati,
terus lembik takleh diri...
sape nak masuk neraka kan..
tanak!!!
tapi amalan kita ni CUKUP ke????

astaghfirullah astaghfirullah...T.T
'Ya Allah...kurniakan rahmat Mu kepada kami supaya kami tergolong dalam golongan yang akan mendapat SyurgaMu..Ameen'




p/s: salam maalhijrah 1433H
azam yang terfikir saat ini:
-nak jadi kekasih yang setia...
-of cos, nak berHIJRAH!!! hijrah yang hanya semata-mata kerana Dia..ameen!!
-tanak jadi emo-emo sangat..
-nak jadi lebih independent!!
-nak senyum sokmo =)
2 Responses

  1. I heart u, miss u, need u, MORE!!