alhamdulillah,
berjaya mengharungi ujian itu,
wapon resultnye ntah pape..
tapi alhamdulillah,
sekurang-kurangnya tak dapat 0 kan,
n Allah tengok usaha tu...
*belaja bersyukur plis!!*
*************************************
kenapa rasa macam sejak akhir akhir ni,
sangat JAHAT kat semua orang,
rase macam terlampau sensitip ngan semua benda
asyik nak marah je sume orang....
nak senyum pon rase macam susah sangat..
kenape????
maybe sebab busy kot
plus stress exam
tapi takkan la sampai macam tu sekali nak layan orang sekeliling,
hablumminallah hablumminannas..
tak guna jaga hubungan dengan Allah,
tapi tak terjaga hubungan dengan manusia,
tu macam ada something wrong somewhere,
maybe juga satu indication yang hubungan dengan Allah juga tak terjaga...
astaghfirullah astaghfirullah...T.T
kenapa jadi macam ni,
memang teruk sikit bab perasaan ni,
*gagal kawal emosi =.="*
senang sangat nak terasa n marah kat orang..
mesti setan hepi gile bile tengok kita marah-marah kan,
sebab masa tu senang je die nak tusuk jarum-jarum jahat die,
sampai kekadang terkuar kata-kata yang tak sepatutnya,
pastu menyesal......
teruknyeeeee~!!!!!
dalam Quran Allah sebut ciri-ciri orang yang bertaqwa,
"iaitu orang yang berinfak,
baik di waktu lapang mahupun sempit,
dan orang-orang yang menahan amarahnya
dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan."
~Ali Imran:134~
terasa sangat jahat...
susahnya nak betol-betol jadi baik...
susaaaahhhhh...
macam mana nak tahan marah??
sedangkan masa tu hati kita memang sakit,
nak luahkan, biar sume orang taw yang kita tengah marah kan...O.o?
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)
"Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Rasulullah pon dah sediakan panduan kat kita,
sebab dia taw,
manusia memang takkan lepas dari perasaan marah ni,
jom amalkan semua yang Rasulullah cakap,
InsyaAllah berkesan sebab ianya datang dari mulut Rasulullah sendiri..
n insyaAllah hati kita akan jadi lebih tenteram,
iman pon akan bertambah
n pastinya Allah akan sediakan ganjaran untuk kita.
“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)
"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)
jom teruskan usaha!!
lawan setan n nafsu yang jahat tu!!!
*pesanan ni didedikasikan khas untuk diri sendiri yang memang suka marah n hypersensitive...T.T*