|
terlalu cepat....
1431h telah meninggalkanku,
datangnya 1432 membawa seribu satu harapan,
agar tahun baru ini lebih bermakna,
agar tahun baru ini membawaku ke daerah baru,
agar tahun baru ini membawaku lebih dekat kepadaNya...
maalhijrah=penghijrahan
penghijrahan=????
bagiku,
penghijrahan=perubahan
perubahan ke arah yang jauh lebih baik,
perubahan diri yang sangat lemah ini,
penghijrahan dan perubahan,
yang akan membawaku pergi
jauh dari segala masa silamku,
ya...aku ingin lari..
dari semua kegelapan itu,
jauh dan semakin jauh..
biar kuterlupa akan wujudnya kegelapan itu,
walaupun sakit, walaupun susah,
walau beribu halangan melanda,
tidak mungkin akan ku berpaling,
kerana telah kulihat cahaya di hadapan sana.
tidak mungkin kubiar cahaya itu pergi,
tidak!!..tidak!!
akan kukejar,
walaupun seribu kali kutersungkur,
akan kugagahi,
walau kakiku selalu terkaku,
akan kulangkahkan kaki,
walau seberat mana beban memberat..
aku ingin ke daerah cahaya itu..
meninggalkan kegelapan yang selalu membelenggu..
kerana kutahu,
bila ku tiba di sana,
bila dapat ku capai cahaya itu,
jalanku pasti lebih jelas,
lebih cerah,
diterangi cahaya itu,
agar aku takkan rebah lagi selepas itu,
agar dapat kulihat setiap halangan yang menghalang,
setiap tunggul yang mencacatkan jalan,
setiap onak dan duri yang merintangi laluan.
ya..aku perlukan cahaya itu..
dan aku harus terus melangkah
dan berlari,
tanpa henti,
tanpa lelah................
salam maalhijrah~
*pencari cinta*
"Dia sedang menunggu. Untuk memimpinku. Di seberang sana, adanya cahaya.."- Search, Meniti Titian Usang.
http://www.youtube.com/watch?v=M5E5PQwr5lk
Kehkehkeh
aziey!!!
nmpak cm dh dapat semngt tu balik..
=)
sbenarnya semngt tu ade je cuma kdg2 pudar sket.btol x?
sama la kite..n time pudar ni la kene fight sket utk lbih smgt.huhu
btol la Dia kata...hidayahNya datang dlm keadaan yg xdisangka2..
dulu2 xpernh trfikir akn tlibat ngn mende2 ni.tp skang dakwah atas bahu kita..
n utk jadi baik adalah tujuan kita..
xsgka kan,akan ade kat atas jalan dkwah ni.
Alhamdulillah,Dia buka mata hati kita utk nmpk tujuan sebenr idup kita..
keep it up deary.=)
smua dktor bese2 n sama je..tp once dktor tu adalah yg bawak islam.she/he is great!
aziey,ctah,pdah,rihan,thiah n i..
sayang anda2 smua..siyes~
let us fight for a better life.
sama2 kita berkasih sayang krana Dia sampai ke syurgaNya!!
SH, mngarut!!
emah da ikan laga,
waaa....btol2..slame ni, nk g usrah pon mls...
ceramah tu lg la kn..trigt zmn sklh...haha
syg anda semua jgk, smoga ukhwah suci ni kekal n terus memekar hasil cinta keranaNya!!
jom, sme2 kte berubah dn lari dr mse dlu...
n trus cari cahaya tu!!!
salurkn smgat anda kpd saya jgk!!n_n
islam itu mudah,
tapi untuk menyelami islam itu susah,
bukan semua org dpat semua ini,
hnya org yg punya mata hati boleh merasainya,
kemanisan iman itu sgt indah :)
bak kte ikanlaga diats,
bkn smua org yg terpilih,
tapi, anda adlah yg terpilih!
kilaukan permata anda,
jgn berputus asa kerna itu kerja syaitan lanatullah,
yakin dgn janji Allah, Allahurabbi...
yg mmbezakan manusia hnyalah takwa,
jum jum jum, kite bersama2 neh...
sy syg aziey (anda), imah, tiah, rehan n pidah soooooo muchhhhhhhhh! :)))))))