|
ibu : ibu baca semua surah, Yusuf, Luqman, Mariam, nanti awak pregnant, baca Quran banyak2 taw..
si gadis : nape ibu tak baca surah Yusuf masa ngah pregnantkann saya jugak, tengok, tak cantik pon...
ibu : Astaghfirullah, awak!! ibu baca kat semua la, semua anak ibu, lagipun bersyukur la awak lahir sihat, sempurna, tu je yang ibu mintak. awak tetap cantik bagi ibu...
susah kan nak jadi hamba yang sentiasa bersyukur,
hamba yang sentiasa menerima,
terlalu susah,
kita selalu nak lebih,
sentiasa tak cukup,
Allah dah bagi sihat setiap hari,
Allah dah bagi tubuh badan yang sempurna nak jalani hidup,
Allah dah bagi mata nak lihat dunia,
Allah dah bagi telinga tuk dengar bunyi-bunyian alam,
Allah dah bagi hidung tuk bernafas,
Allah dah bagi mulut tuk rase kelazatan makanan2,
tapi still tak bersyukur,
tengok orang lain lebih sikit dah nak jeles2,
hurmmm...
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
cantikkah seorang wanita kalau asyik pakai mini skirt je,
cantik ke bila rambut yang hitam lebat diwarnakan blonde,
cantikkah bila rambut yang lurus dipamerkan tuk tontonan umum,
cantikkah bila kening yang sempurna diciptakan Allah dicukur,
cantik ke bila pakai baju ketat dan singkat menampakkan segala perhiasan,
cantikkkah bila berjalan dia menghentak-hentakkan kaki supaya orang sedar kehadirannya,
cantikkah bila berjumpa saudara muslimah, dimasamkan mukanya,
cantikkah bila melepasi orang tua, dia berjalan semakin mendada,
cantikkah??
mungkin itu yang didefinisikan cantik oleh sesetengah orang,
tapi, Islam tidak begitu..
kecantikan wanita adlah pada akhlaknya,
so, jom baiki akhlak kita,
kita juga boleh jadi wanita yang cantik
di sisi Islam yang indah...n_n

p/s : 02:09 am, malam autumn yang menyeramkan, angin bertiup kencang, daun2 berguguran,
mata semakin segar, penangan coffee dibancuh sendiri, jom study lagi!!!