Alhamdulillah..Thank You Allah is all that i can say~

pada tanggal 19 ogos 2010,
tepat jam 1:30++ tengah hari waktu mesia,
dengar jari terketar-ketar,
nafasku turun naik, hilang rythm yang sepatutnya,
air liur terasa pahit dan payah nak ditelan,
berbekalkan sedikit keberanian yang hampir2 kering,
kuklik alamat laman sesawang yang tertera dalam emelku,
terasa peluh dingin mula menampakkan diri,
hatiku sekejap panas, sekejap sejuk,

berbekalkan sisa-sisa keringat yang masih ada
kuisikan tempat kosong yang tertera
dengan lafaz bismillah,
kuklik pada ikon log in..
kupejamkan mata,
tak sanggup rasenya nak menatap skrin itu
sekiranya berita itu bakal menghancurkan masa depanku sebagai seorang pelajar,
teringat kata-kataku pada emak,
"kalau tak lepas, memang lepas ni xmo belajar dah,
nak lari dari tempat ni,
nak kerja n nak berdikari"
sampai begitu sekali azam dalam diriku

aku membuka mata perlahan-lahan,
terdapat tulisan pada skrin,
hanya beberapa saat,
keputusan itu sudah terpapar untuk ditatap,
kubaca beberapa kali,
tapi entah kenapa,
aku tak dapat mentafsirkan bacaanku,
mungkin kerana nevesku yang sedang memuncak,
atau mungkin kerana aku susah nak faham bahasa omputih
yang telah lama kutinggalkan.

ku baca beberapa kali,
setelah dapat mentafsirkan apa yang dilihat,
ku menjerit nama emak dan ayahku
menyatakan result sudah ada,
mereka sepantas kilat bergegas ke arahku lantas bertanya,
dengan nafas tunggang terbalik dan suara terketar-ketar,
kumemberitahu yang keputusan itu...


alhamdulillah..syukur sangat2..
setelah kulalui pelbagai halangan dan cabaran,
akhirnya, dengan izin dariNya,
ku berjaya juga lepas exam A-level
yang bagiku sangat mencabar kesabaran dan ketabahan hati kecil ini..

melihat wajah ayah dan emak pada waktu itu,
membuat air mataku bergenang,
alhamdulillah Ya Allah..
sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
semuanya kerana izinMu Ya Allah..

Alhamdulillah,
ku tak perlu meneruskan plan lari itu,
terasa impian menjadi seorang pejuang di jalan Allah masih terbuka luas,
kuteruskan mimpiku sejak kecil,
tak mahu mimpi itu berakhir lagi..

tapi,
ini bukan pengakhiran..
tapi hanyalah permulaan bagi sesuatu yang baru,
sesuatu yang amat baru bagiku,
perjalanan ku masih panjang,
onak dan duri yang perlu ditempuh
juga masih banyak dan sangat tajam..
kupanjatkan doa kepada Yang Esa,
moga dipermudah jalanku
agar diri ini tak tersungkur di pertengahan jalan.

terima kasih tak terhingga kepada mak dan ayah
yang tak pernah berhenti memberi semangat dan sokongan..
juga lecturer2 yang tak kenal erti jemu..
juga tak lupa teman2 yang sentiasa ada di sisi
memberi kata-kata perangsang..
jasa dan budi kalian tak mungkin dapat ku balas
terima kasih semua...

bermulalah kehidupan baruku selepas ini
bergelar 'student medic'....
insyaAllah....




*sekadar gambar hiasan semata-mata*


*benda yang mungkin menjadi temanku*

sampai di sini sahaja nukilanku,
salam~!!

p/s : selamat bersahur dan selamat berpose..malam ni tak boleh tido, skang dah kul 4.40 pg, terus sahur la nampaknya.....
0 Responses