(dalam kebuzyan melampau, aku menaip papan kekunci laptopku....(30 days more before actual exam)
...........................................................................................................
Dah lama rasanya tak berbicara tentang cinta
Cewahh!!
Maaf la…, saya=remaja, remaja=cinta (heheh..)
Cinta memang fitrah,
untuk kita rasa kita sayang dan cinta terhadap seseorang atau sesuatu
cinta agung, cinta suci, c.i.n.t.a.b.u.t.a, cinta monyet…
cinta antara manusia???
Perlu..
cinta ibu, cinta bapa, cinta family, cinta sahabat
cinta antara lelaki dan wanita??
perlu..
cinta suami isteri…
cinta kekasih???
Ermmm…….
(setelah lama menyepi… =_=)
Bagiku….
Sejak dua menjak ni banyak kudengar tentang cinta ini
Kekadang terfikir untuk merasa jeles
Jeles dengan orang yang ada tempat mengadu,
Ada tempat untuk meluahkan masalah,
Ada tempat untuk menghabiskan waktu-waktu bosan seperti sekarang,
Ada seseorang yang sentiasa ada bila diperlukan.
Seindah itukah cinta ini??
Tapi bagiku, ianya tak seindah itu..
‘single is simple, couple is trouble’
Dari banyak kisah yang kudengar,
Lebih yang sadis dari hepinye bila terlibat dengan cinta ini
(maaf kalau ada yang cakap mereka bahagia, ni hanya pandangan kaca mataku….bersastera sikit..+_+)
Mungkin salah mereka, mungkin juga bukan,
Tapi bagiku, hidup tanpa cinta ini lebih tenang..
Tak perlu untuk fikir tentang benda yang tak perlu,
Tak payah fikir bila si dia buat hal,
Tak perlu nak fikir si dia tengok orang lain ke tak,
Tak perlu susah payah nak nangis bila gaduh,
Tak perlu fikir camne nak pujuk bila merajuk..
(yang penting tak perlu fikir nak beli hadiah apa
kalau ada hari pape sebab ku memang tak suka beli hadiah…=p)
mungkin bagi orang lain itu pengalaman berharga
tapi mungkin tak,
kukenal seseorang,
kisah percintaannya indah,
tapi tak berakhir dengan seindah itu,
masanya 2 tahun dihabiskan nak pulihkan diri dari kecewa,
tapi tak pulih sepenuhnya bila dia dah tak percayakan cinta manusia
dia tak lagi mengharapkan seratus peratus kepada manusia
kesan cinta memang besar,
kerana cinta sanggup buat apa je
kerana cinta juga maruah semua dah tolak tepi,
sebab tu la, dah 270 000 bayi tak bersalah berdaftar tanpa nama bapa,
beribu-ribu juga tak sempat nak kenal dunia sebenar,
sempat bernafas 2 3 kali, dibuang, dibunuh,
siapa nak disalahkan,
cinta yang buta,
atau manusia yang buta menilai cinta,
(maafkan, tak cakap semua macam tu)
Tapi berfikirlah guna akal..
Kalau kita tak nak berbau busuk,
Mestilah kita tak pergi kat tempat yang ada sampah,
Mungkin kita tak terkena sampah tu,
tapi baunya still melekat kat baju kita
So, janganlah mendekati zina.
~coretanku ketika stress sebelum exam and report yang belum siap2 (n_n)~
Sahabat...
Janganlah dikau merasai cemburu,
kerna melihat anak muda mudi bercinta.
Percintaan yang tidak dihalalkan oleh Rabb-mu.
Yang tidak membawa apa-apa kebaikan,
selain, kesengsaraan dan kesedihan.
Bersyukurlah kepada Tuhanmu,
dengan penuh kegembiraan...
kerna, Dia telah memeliharamu,
dari perlakuan yang akan menyebabkan
dirimu hanyut ditengah lautan dosa.
. (ctah) i miss u azi ! =>